kreativiti dalam seni visual (SSL 2012)

Kreativiti:
Menurut kamus dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai kebolehan mencipta dan mengembangkan idea yang baru dan asli tanpa peniruan dalam mana-mana aspek.

Ciri-ciri:

1. Fleksibel
2. sensitif
3. peka
4. asli dan tulen tanpa peniruan
5. bersifat luas
6. logik dan efisien
7. bebas berfikir kreatif

Tokoh-tokoh:

1. E.Paul Torrance
2. Victor Lowenfeld
3. Fisher (1943)
4. Laura H. Chapman

Rumusan:

secara keseluruhan, proses menjurus ke arah pemikiran kreatif perlu mengambil kira faktor keperluan seseorang individu itu untuk melihat minat, keinginan dan semangat ingin tahu semula jadi bagi menyuburkan proses kreativiti dlam penghasilan produk yang menarik.

Gambar-gambar kreatif

Gambar-gambar kreatif
Imej pasangan kekasih yang diperbuat daripada pasir

Imej seorang lelaki yang lengkap berpakaian seolah-olah berkuasa

Labah - labah gergasi yang dibuat dari pasir

Imej seorang perempuan yang sedang meniarap dibentuk mengunakan pasir

Imej perempuan dan lelaki yang sedang baring di atas katil yang diperbuat dengan mengunakan pasir.kreatifkan?

Karya yang dihasilkan dengan mengunakan pasir

Imej lelaki tua dan berhampiran dengannya ada ime singa.semuanya diperbuat daripada pasir

Menarik dan kreatif !!!

Sunday, August 23, 2009

Terima Kasih Abah....

Terima Kasih Abah....

Namaku Nurul Atiqah Ariffin. Mak ngan ayah aku yg pilih nama tue."Cahaya Kemuliaan" itulah makna nama aku..Mak ckp dye letak nama tue sebab dyer mahukan makna itu menjadi sebahagian daripada hidup aku.Amin...harap2 lah aku dapat jd seperti mana yang mak harapkan. Kat rumah semua panggil diri aku "Nurul" tp aku bahasakan diri aku "arewull" Semua orang pelik macamana pulak leh dapat nama "arewull" tue. Family aku jer yang tahu sejarah disebalik nama tue. Huhuhuhu Sebenarnya dulu masa aku kecik2 dulu aku pelat biasalah budak2 baru belajar berckp..So, susah cikit nak panggil "Nurul" so ter-pronoun pulak "arewull" huhuhuhuhu lama2 dah terbiasa sampai dah tua bangka mcm nie pown masih bahasakan diri arewull.Sebenarnya tak ader apa yang nk diceritakan tentang diri aku ni cuma sekadar ingin berkonsi cerita sajer. Aku nie anak sulung dari 2 orang adiek beradik.Kalau tak sebenarnya aku ader abang tp meninggal masa lahir. Mak kata abg dpt hidup lebig kurang 20 minit sajer. Sayangkan??? Kalau tak mesti ayah ader geng...hihihi Aku jgk cucu sulung..Cucu kesayangan lah konon-kononnya sebab jarak umur aku ngan adiek aku ngan adiek2 sepupu yang lain jauh.So,mmg manja dari kecil..Bila bulan puasa mcm nie,teringat aku kat arwah atuk aku. Aku panggil atuk aku "Abah",nenek aku plak "emak".Mak aku pown aku panggil "emak" jgk. So,masa kecik2 dulu aku nie kuat berfikir cikit so,nk tau x mcmane aku handle tak bg mak ngan nenek aku confuse bler aku panggil nanti??huhuhu senang jer....Aku tambahlah nama nenek aku tue panjang cikit.Aku panggil dyer "MAK KAMPUNG".huhuhu pandai tak aku??Bijak kan?huhuhu Tak payah ckp aku tau...hihihi tp bler adiek2 sepupu aku dah besar ,pakcik ngan makcik aku pening kepala sebab anak2 dyeorg ikut aku panggil nenek "Mak Kampung".huhuhu kesian nenek....(*_*)

Hah..sambung cerita balik pasal atuk aku.Atuk aku mmg sayang gler kat aku. Satu kampung nie tau hal aku.Sampaikan bler aku dah besar dyeorg tanya nenek aku maner cucu kesayangan yang atuk aku bawak ke hulu ke hilir dulu. Tiap2 hari mak ngan akan anta aku kat kampung sebelum g mengajar ,sbb atuk aku tak bagi mak aku anta kat org jage.Sekolah mak aku dekat jer ngan kampung tapi sekolah ayah mengajar jauh cikit.Tiap2 ari atuk aku bawak aku naik kete jalan2.Menu utama yang mesti atuk belikan mesti"karipap" ,"keropok Ring" ngan "air sarsi". Setiap kali tulah aku kena sorokkan dari nenek aku sebab atuk aku mesti kena marah kalau nenek aku nampak dye belikan aku keropok ngan air gas..huhuhu kesian atuk aku.Kalau nenek aku demam,atuk aku masak roti telur untuk aku...best...huhuhu rindu plak ngan arwah atuk...Dah nanges nie..adoi...

Dulu masa bulan puasa,atuk aku bukan main risau lagi persiapan untuk berbuka puasa aku.Maklumlah cucu baru nak belajar puasa..Nak tau tak,masa umur aku 5tahun aku dah puasa penuh.Atuk ckp kalau aku puasa penuh dyer bg RM10 sehari so,imagine lah klu 30 hari aku puasa aku dpt berapa..Rm300 ako dapat masa bulan puasa masa kecik2 dulu.Orang yang paling jelez nak tau sape??pakcik ngan makcik akulah..huhuhu nak tau kenapa?? sebab dyer bg duit raya kat atuk aku tp atuk bg kat aku..huhuhu. Pastu mak ngan ayah aku masukkan dalam Tabung Haji aku..huhuhu

Masa aku kecik2 dulu pakcik ngan pakcik aku ader yang masih belajar kat universiti. Atuk ngan nenek aku orang kampung bukanlah orang senang sangat,anak2 pown masih ader yang belajar lg tp semua anak2 dyer masuk universiti.Atuk aku tue sangat pentingkan pelajaran orangnya. Seronok sangat dulu..Bler cuti sem jer pakci ngan makcik aku balik kampung.Dyer belikan aku mcm2.Klu aku dapat nombor satu ,mesti aku dapat hadiah.. Bekas pencil lah,jam mickey mouse lah,bajulah,hiasan rambutlah mcm2.Bler aku g sekolah masa darjah 1 kwn2 semua jelez sebab barang2 aku lawa2,bekas pensil aku bertukar2..huhuhu best sangat waktu dulu..

Banyak sebenarnya kenangan silam waktu dulu yang tak mungkin aku lupa dan tak mungkin akan berhenti tangan aku untuk menaip.Sekarang... aku dah besar...atuk pown dah tak ader...atuk dah tinggalkan aku...

"abah dah tinggalkan arewull.......arewull rindu sangat kat abah...rindu sangat2...dah hilang tempat arewull bermanja dan abah dah tak ader disisi lagi..arewull dah semakin dewasa abah..nenek sekarang tinggal sorang2 kat umah...Cucu2 abah dah besar2 sekarang..arewull dah masuk universiti macam yang abah impikan..arewull bakal menjadi pendidik macam mak ngan ayah..Terima kasih abah sebab menjaga dan mendidik arewull masa kecil dulu..Abah pegi terlalu cepat..Tak sempat untuk arewull panggil dengan panggilan "atuk" arewull ingat lagi masa abah ngah nazak, walaupown mata abah masih kabur,abah sempat lagi tanya pakcik maner arewull..Pakcik satukan tangan arewull ngan abah...Abah sempat cakap,"cucu abah jage diri baik2 abah nak pegi..." abah benar2 nak tinggakan arewull...abah pegi tinggalkan arewull.....Semoga Allah mempermudahkan jalan untuk abah...Semoga abah ditempatkan dengan orang2 yang beriman...amin..al-Fatihah...arewull rindukan abah".......